Hak asasi kita?

Hak asasi kita?

Saturday, September 12, 2015

Hak asasi manusia

Rhoma Irama-Hak asasi manusia

Lirik lagu:
Hormati hak asasi manusia
Karena itu fitrah manusia

Kita semua bebas memilih
Jalan hidup yang disukai
Tuhan pun tidak memaksakan
Apa yang hamba-Nya lakukan

Terapkan demokrasi Pancasila
Sebagai landasan negara kita

Janganlah suka memperkosa
Kebebasan warga negara
Karena itu bertentangan
Dengan perikemanusiaan

Kebebasan beragama
(itu hak asasi)

Kebebasan berbicara
(itu hak asasi)

Kita bebas untuk melalukan segala-galanya
Asal saja tidak bertentangan dengan Pancasila

Kebebasan berusaha
(itu hak asasi)
Kebebasan 'tuk berkarya
(itu hak asasi)

Kita bebas untuk melakukan segala-galanya
Asal saja tidak bertentangan dengan Pancasila


Artis: Rhoma Irama / Soneta
Judul: Hak Asasi Manusia
Cipt: H. Rhoma Irama


Komen:
Saya berpendapat bahawa penggunaan perkataan 'fitrah' dalam lirik lagu ini amat bersesuaian. Hal ini kerana hak asasi manusia telah dikurniakan sejak kita dilahirkan. Hak ini telah tersedia ada dan bersifat neutral iaitu tidak terikat atau terkongkong oleh keinginan duniawi. Ciri hak asasi manusia ialah hak ini tidak boleh dicabut atau dibahagi. Semua manusia dalam dunia ini memiliki hak asasi manusia tanpa mengira kewarganegaraan, keturunan, bangsa, budaya dan jantina. Manusia mempunyai hak kebebasan untuk bergerak, menyuarakan pendapat dan beragama. Dari segi politik, manusia mempunyai hak untuk memilih dan dipilih dalam pemilihan, ikut serta dalam kegiatan pemerintahan, dan mendirikan parti politik. Dari segi hak asasi ekonomi pula, manusia berhak utnuk menjalankan kegiatan jual beli dan memilih serta mendapat perkerjaan yang layak. Manusia juga berhak untuk  mendapat pembelaan hukum dan hak persamaan atas perlakuan penggeledahan, penangkapan, penahanan, dan penyelidikan di muka hukum. Dari hak asasi sosial dan budaya, manusia berhak untuk mendapat pendidikan dan mengembangkan budaya yang sesuai dengan minat dan bakat. Walaupun dunia sedang menjejak abad ke-21 namun kesedaran manusia tentang hak asasi manusia masih berada pada tahap yang rendah. Hak asasi manusia segelintir manusia masih dikongkong.  Manusia patut memperjuangkan hak asasi masing-masing melalui platform yang sesuai demi kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Hak asasi manusia patut dimiliki oleh semua orang.

 
 

10 comments:

  1. Peranan organisasi spt UNHCR adalah penting sekali sbg badan yg memelihara hak asasi manusia

    ReplyDelete
  2. Saya setuju bahawa manusia patut memperjuangkan hak yang dimiliki oleh mereka dan sepatutnya juga menekankan perjuangan harus dilakukan bersama tanpa mengira bangsa, negara dan jantina.

    ReplyDelete
  3. HAK asasi manusia adalah sesuatu yang penting bagi menjamin keperluan dan kepentingan asasi setiap insan. Penakrifan hak asasi manusia berbeza dari satu negara ke satu negara lain.

    Namun hak asasi seperti kebebasan menjalani kehidupan yang mengikut lunas undang-undang, agama dan budaya, hak untuk mendapat pelajaran dan mencari pekerjaan, hak bersuara dan hak beribadat misalnya adalah sesuatu yang asasi dan fitrah bagi setiap individu.

    ReplyDelete
  4. Saya juga setuju bahawa manusia patut memperjuangkan hak asasi masing-masing melalui platform yang sesuai demi kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Pemeliharaan Hak Asasi Manusia dapat dijamin Undang-Undang Islam

    ReplyDelete
  5. Saya juga setuju bahawa manusia patut memperjuangkan hak asasi masing-masing melalui platform yang sesuai demi kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Pemeliharaan Hak Asasi Manusia dapat dijamin Undang-Undang Islam

    ReplyDelete
  6. Setiap individu bertanggungjawab untuk berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan atau kemudaratan terhadap orang lain.Malaysia telah menegaskan bahawa promosi hak asasi manusia perlu mengambil kira keunikan sesebuah negara dari segi agama, budaya, sosial, politik dan ekonomi. Melalui NHRAP, Malaysia bakal menggariskan program promosi hak asasi manusia mengikut acuan sendiri.

    ReplyDelete
  7. tidak dapat dinafikan bahawa manusia memang perlu memperjuangkan hak asasi masing-masing

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, setiap manusia haruslah berusaha mempejuangkan hak mereka.Hal ini demikian kerana setiap manusia tanpa mengira bangsa,budaya,agama dan negara berhak menikmati hak mereka tanpa had.Oleh itu, jelas terhadap hak kita adalah tanggungjawab semua orang supaya kita memahami apakah yang sepatutnya kita memiliki.

    ReplyDelete
  9. lahirnya seseorang manusia dia mempunyai hak. hak ini sepatutunya dihormati bukan dinafikan.

    ReplyDelete
  10. sebagai insan kita perlu menghormati hak manusia hak lain dan ju ga peranan undang-undang juga dapat membantu.

    ReplyDelete