Hak asasi kita?

Hak asasi kita?

Saturday, November 7, 2015

Hak Asasi Pengguna

Saya telah mengalami dua kes yang bercanggah dengan hak asasi sebagai pengguna baru-baru ini. Beberapa hari yang lalu, kawan saya telah membeli buah tembikai di kafe.Namun, apabila dimakan buah tembikai tersebut  dirasa masam dan sudah rosak. Akhirnya, kawan saya telah mendapat pampasan duit.Saya berasa amat kecewa tentang pengurus kafe tersebut walaupun kawan saya telah mendapat pampasan duit.Hal ini  kerana sebagai seorang peniaga, seseorang itu harus tahu dan masak tentang barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya keselamatan makanan kerana ia berkemungkinan mengakibatkan keracunan makanan dan meragut nyawa.Pengguna mempunyai hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna. Kes yang kedua ialah ibu saya telah membeli ubat yang tarikh luputnya sudah berlalu.Sekiranya tidak diperiksa tarikh luput ubat tersebut, apakah kesannya setelah dimakan? Pada pendapat saya, penjual ubat harus sensitif tentang isu ini dan menjalankan langkah-langkah berjaga dengan memeriksa tarikh luput ubat yang dijual dari semasa ke semasa. Selain itu, sebagai pengguna, adalah tanggungjawab kita untuk memeriksa tarikh luput barangan yang dibeli demi keselamatan diri kita. Sebagai pengguna, kita haruslah mengetahui dan memperjuangkan hak-hak kita.
Berikut merupakan hak-hak pengguna yang harus diketahui:

HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA
Terdapat lapan hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula. Lapan hak pengguna tersebut ialah:
1.Hak untuk mendapatkan keselamatanHak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.
   
   
2.Hak untuk mendapatkan maklumatHak untuk dilindungi daripada iklan atau label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.
   
   
3.Hak untuk membuat pilihanHak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga berpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.
   
   
4.Hak untuk bersuaraPengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
   
   
5.Hak untuk mendapatkan keperluan asasHak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.
   
   
6.Hak untuk mendapatkan ganti rugi.Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
   
   
7.Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaanHak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.
   
   
8.





 
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat


Artikel-artikel yang berkaitan boleh dicapai di :

 
Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan




http://www.1pengguna.com/11pengguna/index.php?pg=mytips/tips_view&tips_id=53