Berita tentang hak asasi kanak-kanak:
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35895-pendidikan-bermutu-tangani-isu-buruh-kanak-kanak
Komen:
Tahap kesedaran tentang hak asasi kanak-kanak masih rendah dalam kalangan Negara-Negara Dunia Ketiga. Kebanyakan kanak-kanak di negara-negara ini hidup dalam kemiskinan dan sering dieksploitasi sebagai buruh tenaga ataupun seks. Merekalah yang sering menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Hak asasi mereka untuk mendapat kebebasan asas, pendidikan dan kesihatan tercabul. Keadaan ini boleh diperbaiki melalui pemberian pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak. Dengan adanya pendidikan, kanak-kanak ini yang bakal menjadi tunggak negara mampu memajukan dan mempertingkatkan ekonomi negara. Dengan ini, masalah ekonomi yang menjadi pencetus kepada masalah sosial turut dapat diperbaiki. Diharapkan hak asasi kanak -kanak dapat dibela dari semasa ke semasa.
Hak Kanak-kanak mesti dibela supaya dapat mengelakkan mereka daripada sebarang pengeksploitasian. Pengeksploitasian kanak-kanak amat bertentangan dengan artikel 5 UDHR (Universal Declaration of Human Rights) yang menegaskan bahawa tiada sesiapa harus tertakluk untuk diseksa atau dilakukan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan atau dijatuhkan maruah serta hukuman.
ReplyDeleteKanak-kanak adalah pemimpin masa depan bangsa dan juga golongan yang berhak dan perlu diberi perlindungan .
ReplyDeleteSemua pihak perlu memupuk kesedaran sivik tentang pentingnya tanggungjawab menjaga dan melindungi hak kanak-kanak termasuk pihak media dan sektor swasta.
bagus
ReplyDeletebagus
ReplyDeletekesedaran yang tinggi dalam semua peringkat rakyat adalah penting dalam memelihara hak kanak-kanak supaya hak yang dimilikinya tidak akan dilupakan dan diabaikan.
ReplyDeleteMasalah ini sering berlaku adalah kerana hak asasi kanak-kanank sering diabaikan oleh orang dewasa. Mereka tidak pernah berfikir tentang kecederaan mental yang akan di hadapi oleh kanak-kanak yang hanya berumur belas tahun. Saya rasa pihak berkenaan dan pihak berkuatkuasa perlulah mengambil tindakan dengan segera sekiranya dapat laporan dari mana-mana pihak.
ReplyDeleteKanak-kanak juga merupakan insan, setiap insan berhak untuk menikmati haknya di dunia ini,tidak terkecualilah kanak-kanak. Kanak-kanak yang kecil ini tidak haruslah dijadikan buruh kerana kematangan mental dan fizikal mereka masih rendah,mereka mungkin akan mengalami kecederaan, kemalangan, kecelekaan semasa mereka menjadi buruh. Kehidupan ini tidak haruslah dijalankan oleh kanak-kanak,sebaliknya kanak-kanak seharusnya mempunyai kehidupan yang menarik,berwarna-warni dan penuh dengan kegembiraan.
ReplyDelete