Berikut merupakan hak-hak pengguna yang harus diketahui:
HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA
Terdapat lapan hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula. Lapan hak pengguna tersebut ialah:
| 1. | Hak untuk mendapatkan keselamatan | Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna. |
| 2. | Hak untuk mendapatkan maklumat | Hak untuk dilindungi daripada iklan atau label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat. |
| 3. | Hak untuk membuat pilihan | Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga berpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan. |
| 4. | Hak untuk bersuara | Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan. |
| 5. | Hak untuk mendapatkan keperluan asas | Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi. |
| 6. | Hak untuk mendapatkan ganti rugi. | Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan. |
| 7. | Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan | Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat. |
| 8. | Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat Artikel-artikel yang berkaitan boleh dicapai di : | Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan http://www.1pengguna.com/11pengguna/index.php?pg=mytips/tips_view&tips_id=53 |
A154923
ReplyDeletePada pandangan saya, saya amat setuju dengan hak-hak yang sepatutnya kita menikmati sebagai seorang pengguna. Hak-hak pengguna selalu diabaikkan kerana apabila sesuatu kes berlaku, hal ini selalu diselesaikan dengan pampasan kewangan sahaja. Oleh sebab itu, pendidikan terhadap hak-hak pengguna sepatutnya diterapkan sejak tahap pendidikan rendah lagi.
Saya sangat bersetuju dengan apa yang dperkatakan dalam post in. Peniaga haruslah jujur dalam menjalankan perniagaan dan kita sebagai pengguna juga perlu tahu hak kita. Jika kedai tersebut melakukan perkara yang sama lagi, kita boleh menggunakan hak kita untuk memboikot. Biarkan mereka sedar dan memperbaiki apa yang patut.
ReplyDeleteSITI AISHAH NORZAID / A151685
ReplyDeletePendapat saya sendiri, para pengguna seharusnya mengambil tahu hak-hak mereka. Ini adalah supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan sekaligus mengelakkan isu pengguna dipergunakan.